MANJUNG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di tepi jalan berhampiran Taman Sentosa, Sitiawan di sini semalam.

Laporan penemuan mangsa berusia 40-an lengkap berpakaian itu diterima daripada anggota kereta peronda polis (MPV) sekitar jam 6.30 petang.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan dari Hospital Seri Manjung dipanggil untuk membuat pemeriksaan.


“Lelaki itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.


“Kematian mangsa disyaki akibat serangan jantung dan mayat disahkan juga bukan dikategorikan sebagai pesakit koronavirus (Covid-19),” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.


“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -SINAR