IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang di Persiaran Cempaka Sari 34, Tanan Cempaka, dekat sini, hari ini.

Mangsa, P. Paramaswaran, 57, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.28 pagi.

“Ketika tiba dilokasi, didapati mangsa bersama motosikal masih berada di dalam longkang,” katanya dalam sstu kenyataan.

Menurutnya, anggota bomba membawa naik mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.