KAMUNTING: Seorang lelaki maut apabila motosikalnya terperosok di bawah sebuah kereta dalam satu kemalangan di Kilometer 205.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian sekitar 3 pagi berkenaan, lelaki berusia sekitar 30an itu dipercayai sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Penguasa Bomba Shaari Abd Karim berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu sekitar 2.49 pagi.

“Setibanya di sana kami mendapati motosikal mangsa dan sebuah lagi kenderaan telah berlanggar dan menyebabkan motosikal berada di bawah kereta tersebut, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,”katanya kepada pemberita.

Shaari berkata pihaknya juga menggunakan “airbag” bagi mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar pukul 3.49 pagi,”katanya lagi.