BATU KURAU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan mati lemas sejam selepas dipercayai terjatuh ketika sedang memancing di Sungai Jelai, dekat sini, petang semalam.

Mayat Mohd Shafiq Mat Nor, 28, ditemukan tersepit di bawah empangan di sekitar sungai itu pada jam 7 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata, polis menerima maklumat bahawa mangsa sedang memancing di sungai itu dan dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai pada jam 5.52 petang.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.