Jelebu: Seorang lelaki patah kedua-dua kaki selepas pokok yang ditebang di kebun milik penduduk Kampung Petaseh Jelatang, di sini, tumbang menghempap kakinya, semalam.

Kejadian jam 11.50 pagi itu berlaku ketika Alfian Abd Jamil, 40, dari Senawang datang ke kebun berkenaan bersama abang dan pemilik kebun untuk menebang pokok.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Penguasa Bomba II Hashim Mohd Yusof berkata, mangsa tidak sempat melarikan diri sebaik selesai menebang.

Menurutnya, lokasi kejadian di kawasan pokok berdekatan lereng bukit menyukarkan mangsa mengelak pokok tumbang.

“Pokok itu menghempap kedua-dua kaki mangsa. Abang mangsa meminta pertolongan penduduk menghubungi bomba jam 11.56 pagi Рmetro