IPOH : Seorang lelaki rentung dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Jalan Pasar, Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran yang mengorbankan mangsa dikenali sebagai Or Beng Kiong, 52, itu pada pukul 9.23 pagi.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba mendapati dua unit rumah terbakar 90 peratus ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman kebakaran turut dibantu pasukan dari BBP Hutan Melintang dan Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan. – BERNAMA