IPOH: Seorang lelaki tempatan bersama seorang wanita warga China ditahan polis kerana memiliki lebih 1,000 gram dadah petang semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu pada mulanya ditahan kerana memiliki 40 paket dadah dengan kesemuanya seberat 435gram di hadapan Hotel Hill City, Kampung Rapat Ipoh pada 6 petang.

Ketua Polis Daerah Polis Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata pemeriksaan badan terhadap saspek telah membawa kepada penemuan serangkai kunci dan alat penggera dalam poket seluarnya.

Katanya soal siasat selajutnya telah membawa polis kepada satu kondominium di Jalan Sultan Nazrin Shah yang dipercayai digunakan saspek sebagai pusat operasinya.

“Anggota polis menyerbu masuk kondominium menggunakan kunci yang dirampas dari saspek. Di situ polis mereka menemui seorang wanita warganegara China yang tidak memiliki passport sah ruang tamu.

“Turut dijumpai satu bungkusan beg plastik berwarna hitam berisi dadah dipercayai Ketamin yang seberat 570 gram dalam almari baju,” katanya.

Sebuah kereta jenama Proton Wira turut dirampas, katanya.

Kedua-dua saspek kini dtahan dan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.