BUTTERWORTH, 28 DIS : Lelaki berusia 53 tahun terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat selepas kakinya tersepit pada dahan pokok macang ketika sedang menebang pokok itu di Kampung Tun Sardon, Bukit Mertajam, di sini semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Mohd. Azam Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 11.43 pagi.

“Kerja menyelamatkan mangsa yang tersepit pada ketinggian kira-kira sembilan meter.

“Bahagian kaki mangsa tersepit di celah dahan ketika melakukan kerja menebang pokok machang tersebut,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, khidmat kren terpaksa digunakan bagi menyelamatkan mangsa. – UTUSAN