PONTIAN : Kebolehan Barisan Nasional (BN) telah terbukti dalam tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu dan trend yang sama akan berlaku kali ini di Tanjung Piai untuk pembangkang mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak wujud soal kalah menang dalam PRK yang diadakan ekoran kematian penyandang Pakatan Harapan, Datuk Dr.Md Farid Md Farik 21 September lalu.

“Ini bukan soal kalah dan menang kerana ini sebenarnya atas nama Barisan Nasional apatah lagi Muafakat Nasional adalah satu entiti yang mana bukan sahaja Barisan Nasional dan Pas tetapi kebersamaan semua kumpulan etnik harus diterjemahkan dalam bentuk calon dari pelbagai kaum.

“Apatah lagi di Tanjung Piai ini kerusi berkenaan pernah dimenangi calon kita Wee Jack Seng selama dua penggal (2018- Mei 2018) dan kali ketiga kalah dengan majoriri 500 undi.

“Ketika itu kita ditolak pengundi kerana mereka tidak mahu kerajaan ketika itu diwakili MCA,” katanya ketika ditemui semasa proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, daerah Pontian Johor.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO tidak meletakkan calon parti itu sendiri kerana takut kalah dalam PRK kali ini sebaliknya memilih jalan selamat meletakkan calon MCA.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu bagaimanapun memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan terbuka daripada Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

Menurut Ahmad Zahid, kesedaran baharu telah timbul sekarnag ini kami yakin telahan yang dibuat oleh sesiapapumnm diluar bn akan membuktikan rakyat kembali bersama sama dengan BN.

“Saya tidak mahu sentuh apa apa kenyataan itu, realitinya ialah rakyat menolak kerajaan satu penggal ini.

“Dan telah terbukti dalam tiga kali pilihan PRK dan kali ini yang keempat, saya fikir trend (kemenangan) yang sama akan berlaku dan syaratnya kita akan bekerja keras dan penuh bijaksana untuk menentukan bahawa penolakan ini adalah satu realiti,” tegasnya lagi.

-MalaysiaGazette