TRANSGENDER pergi umrah

(1) Hari ini kita diberitakan dengan seorang lelaki yang berwatak perempuan, pergi mengerjakan umrah. Kemudian dengan selambanya mengenakan telekung.

Kita boleh bayangkan bagaimana sekiranya orang ini masuk ke ruangan perempuan, bercampur jantina di situ. Bagaimana pula dengan tempat wuduk dan sebagainya.

(2) Allah S.W.T melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan, dan orang perempuan yang menyerupai lelaki;

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال” رواه البخاري.

“Daripada Ibn Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah S.W.T melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan, dan golongan perempuan menyerupai lelaki.”

(Shahih Bukhari: 5546)

(3) Di dalam hadis yang lain;

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله: لعن الله المرأة تلبس لبسة الرجل, والرجل يلبس لبسة المرأة

“Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Allah melaknat orang perempuan yang mengenakan pakaian lelaki dan orang lelaki yang mengenakan pakaian perempuan.”

(Sunan Abi Daud: 4098)

Larangan di sini bukan semata mata pakaian, akan tetapi penyerupaan (التشبه). Sama ada dari segi pakaian, perhiasan, rupa yang disengajakan, dan banyak lagi.

Frame Kerajaan PH

(1) Secara peribadinya, saya mencadangkan supaya selepas ini, mana mana syarikat travel untuk tidak mengambil golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah sekalipun berjanji untuk tidak melanggar etika.

Atas dasar سد الذرائع, melainkan mereka itu sudah benar benar bertaubat dan sudah berwatak asal dalam beberapa tempoh sebelum diterima untuk mengerjakan umrah.

(2) Manakala kerajaan PH yang selama ini dilihat ‘lembik tengkuk’ [1] terhadap golongan ini harus bertanggungjawab sekiranya tidak melaksanakan penguatkuasaan.

Sekiranya kerajaan PH masih lagi berterusan dengan sikap sengal ini, saya yakin gejala ‘Elgibiti’ ini akan semakin menular, dan kemungkinan berjangkit ke dalam pintu rumah Menteri-menteri.

(3) PH yang kerjanya memutar isu, biasanya akan mengatakan “zaman BN pun dah ada mak nyah dan tomboi”. Soalannya, apa gunanya IKRAM yang duduk dalam PH kalau hanya meneruskan kerja BN?

Beginilah frame PH sejak pasca PRU14. Iaitu menyalahkan kerajaan lama, tetapi dalam masa yang sama dilihat mengulangi style BN juga.

(4) Kita perlu lihat bahawa kesengajaan ini bukanlah satu kebetulan. Akan tetapi sebagai penanda aras bahawa Malaysia sedang diheret ke gerbang kebebasan Liberalism.

Seolah-olah Malaysia cuba ‘dilukis’ oleh pemerintahnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan liberal tahap super. Iaitu pasaran Liberal menjadi komersial atas nama ‘profesional’ [2]

Bukan kebetulan

(1) Liberalism mula dilancarkan sejak sekian lama. Sebelum PRU14, mereka menggambarkan Malaysia ini berada di tahap konservatif, dan tertutup dengan undang undang yang dipertikai [3]

Itu hanya gambaran mereka supaya menghalalkan tindakan mereka mempromosi Liberalism pada hari ini, apatah lagi setelah PH berjaya memenangi PRU14.

(2) Anak-anak muda yang gelojoh diajar menafsirkan Islam secara bebas atas nama maqasid, kemudian menghuraikan Islam dengan logik diri sendiri [4]

Sedangkan bab Fardhu Ain pun belum tentu lepas, apabila para pendukungnya sendiri pun tidak menutup aurat. Seolah-olah memberi gambaran kebebasan kaum wanita.

(3) Justeru, kita perlu faham bukanlah semata mata isu orang lelaki menyamar sebagai wanita, pergi umrah. Akan tetapi lebih kepada ‘serangan’ ideologi.

Sama ada kaitan ini satu kebetulan, atau memang terancang. Seolah olah memprotes sekatan terhadap transgender yang menjadi salah satu elemen perjuangan Liberalism.

(4) Antara gerakan yang memasarkan Liberalism di Malaysia ialah Islamic Reinnassance Front (IRF) [5] dan G25, manakala di bahagian politiknya ialah PKR.

Cuma cara pendekatan ketiga tiga pertubuhan ini dilihat berbeza. Menggambarkan pasaran liberalism ini bukanlah satu kebetulan, bahkan terancang

PKR dan Liberal International

(1) Kita perlu lihat isu ini lebih jauh ke peringkat global. Bagaimana PKR secara rasminya digazetkan sebagai salah satu rangkaian Liberal International [6]

(a) Bahkan penglibatan Nurul Izzah Anwar juga diisytiharkan oleh Liberal International, dalam usaha menerbitkan Manifesto Andorra [7]

(b) Bahkan sejak 2014, Liberal International sudah menzahirkan sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim yang dipenjarakan [8]. Alasan mereka Malaysia adalah negara demokrasi.

(c) Pada 2015, Liberal International membela Anwar Ibrahim atas kes yang kita sedia maklum. LI cuba menggambarkan situasi Undang-undang Malaysia yang dianggap mengongkong [9]

(d) Bahkan pada Mei 2018, ketika Anwar dibebaskan daripada penjara, LI mengeluarkan kenyataan sebagai gambaran Malaysia era baru yang bebas cara Liberal [10]

(2) Justeru kita perlu faham bahawa PKR secara zahirnya dikaitkan dengan Liberal International (LI) yang mempunyai perancangan yang jelas.

Antara perancangan LI adalah memperjuangkan hak kebebasan termasuk ‘Elgibiti’ [11], dan hak hak mereka yang sepatutnya diberikan.

Walau bagaimanapun, perjuangan G25 lebih ‘direct’ berbanding PKR itu sendiri, apabila mereka terus menerus mengempen hak Elgibiti. Manakala PKR dilihat lebih menjaga kepentingan politik.

PH tidak konsisten

(1) Anwar Ibrahim menyatakan secara jelas pada September 2018 bahawa “Tiada tempat untuk Elgibiti di Malaysia” [12] Tak pastilah hanya ‘manis mulut’ atau pendirian sebenarnya.

Sepertimana yang saya nyatakan tadi, Liberal International dasarnya memperjuangkan kebebasan Elgibiti. Zahirnya tidak senada dengan kenyataan Anwar Ibrahim di Malaysia.

(2) Pada Mei 2019, Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan Malaysia tidak boleh tunduk kepada tekanan antarabangsa terhadap isu Elgibiti. [13]

Beliau berkata walaupun negara terpaksa mengambil kira kebimbangan masyarakat antarabangsa, orang asing tidak mempunyai hak untuk menentukan istilah mengenai isu itu. [13]

(3) Bahkan pendirian Pakatan Harapan sendiri dalam isu LGBT tidak konsisten dan agak mengelirukan. Hal ini telah diulas dalam satu artikel yang bertajuk ‘Pakatan Harapan Dan Isu LGBT’. [14]

(4) Pada Julai 2018, IRF menyatakan sudah tiba masanya perbincangan terbuka mengenai seksual minoriti di negara ini, lantaran kemenangan PH dalam PRU14 [15]

Antara yang terbaru pada Januari 2020, Anwar Ibrahim menyarankan para ulamak untuk berbincang berkenaan kritikan G25 [16] terhadap Islam.

Sedangkan pada 2017 lagi JAKIM [17] telah mengeluarkan kenyataan terhadap G25 dan IRF yang membawa ideologi liberal. Bahkan fatwa beberapa negeri juga turut sama [18]. Sepatutnya sudah jelas.

G25 ‘digambar’ sangat berpengaruh

(1) Hari ini timbulnya pertikaian G25 terhadap penubuhan JAKIM itu sendiri [19]. Seolah-olah frame itu sedang berjalan ke arah memansuhkan JAKIM.

Menteri Agama yang ‘dikenali ramai’ dilihat mempertahankan JAKIM dalam isu ini [19], cumanya yang kita bimbangkan ialah usaha belakang tabir untuk menghapuskan institusi ini.

(2) Kita belajar daripada frame-frame sebelumnya, apabila sesuatu isu itu ‘dipanaskan’ pasti ada api yang dinyalakan di bawahnya.

G25 asalnya sebuah kumpulan yang ‘tak ada nama’ mengapa tiba-tiba hari ini boleh muncul sebagai hero yang mampu mengancam JAKIM? bahkan mendapat liputan media?

(3) Isu ini sengaja dihangatkan bagi memunculkan G25 membentuk persepsi masyarakat bahawa badan ini ‘sangat berkuasa’ dan berpengaruh. Inilah peranan media di zaman kerajaan PH

Mengapa suara mereka dipromosikan? Bahkan mendapat respons oleh orang orang kerajaan? Fikirlah. Ia bukan kebetulan yang tidak disengajakan.

(4) Boleh flashback balik bagaimana Siti Kassim boleh terkenal? Bermula dengan isyarat lucahnya dalam satu forum [20] pada 2016, kemudian dipropagandakan oleh media.

Sejak hari itu, kenyataan kenyataan sengalnya terus mendapat liputan media. Pastinya terancang. Dirancang oleh siapa kalau bukan geng sealiran dengan Liberal juga?

[1] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/390688/amp

[2] Dr Atiullah Othman, Islam Menangani Kepelbagaian, Bab 3.1, hal 95

[3] ibid, hal 96

[4] https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggah-fahaman-liberalisme/amp

[5] Zahrina Zulkepli, Pemikiran Liberal Di Malaysia : Kajian Terhadap Islamic Reinassance Front

[6] https://liberal-international.org/members/pkr_malaysia/

[7] https://liberal-international.org/who-we-are/our-mission/landmark-documents/political-manifestos/liberal-manifesto-2017/#jump-English

[8] https://liberal-international.org/news-articles/government-must-end-persecution-opposition-leader/

[9] https://liberal-international.org/news-articles/dark-hour-rule-law-li-president-anwar-ibrahim-verdict/

[10] https://liberal-international.org/news-articles/liberated-global-liberal-family-celebrates-release-of-anwar-ibrahim/

[11] https://liberal-international.org/9th-edition-lgbti-rights/

[12] https://m.malaysiakini.com/news/444814

[13] https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/15/msia-must-not-bow-to-international-pressure-on-lgbt-issues-says-anwar/

[14] https://www.malaysia-today.net/2019/07/19/pakatan-harapan-dan-isu-lgbt/

[15] https://www.themalaysianinsight.com/s/80380

[16] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/65535/BERITA/Nasional/Anwar-saran-ulama-bincang-kritikan-G25

[17] https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/257696/amp

[18] https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/mansuh-kumpulan-g25-mufti-kedah-84487%3famp=1

http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/41-kedudukan-terkini-g25

[19] https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/65801/BERITA/Nasional/Apa-motif-G25-terus-persoal-penubuhan-Jakim

[20] http://www.astroawani.com/video-malaysia/siti-kassim-tunjuk-isyarat-lucah-di-majlis-125632

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY