KUALA LUMPUR: “Maaflah jika Abah ini mula menggunakan ‘rotan’!” tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Tambahnya, petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan.

“Marilah kita hadapi perang menentang COVID-19 secara bersama. Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 sebelum ini.

“Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi. InsyaAllah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.