KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kumpulan hak wanita, Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar satu fatwa yang dikeluarkan terhadapnya 5 tahun lalu.

Hakim Nordin Hassan berkata, keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor itu sejajar enakmen negeri.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan perkara berkaitan undang-undang syariah sepatutnya berada di bawah bidang kuasa undang-undang negeri.”

Pada 31 Oktober 2014, SIS memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Berita lanjut menyusul.