BUKIT CHANDAN: Yayasan Bina Upaya (YBU) memperkenalkan program baru sempena permukiman dengan memberi makanan percuma kepada kakitangan am Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bungkusan makanan percuma itu diedarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Ketua Pegawai Operasi YBU, Hairul Anwar Mohamed Noor di sini pada Jumaat.

Maslin berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda ingatan pihaknya kepada pihak yang banyak membantu dalam pembangunan Kuala Kangsar.

“Mereka ini adalah hero yang tidak didendang yang banyak membantu membangunkan daerah ini,” katanya kepada Suara Perak dalam program ‘Food For All’ di sini.

Sementara itu, Hairul berkata, program tersebut adalah cetusan idea daripada Maslin Sham sendiri dan ia akan diteruskan pada program permukiman akan datang.

Pada majlis itu, YBU menyediakan lebih 200 bungkusan makanan untuk diedarkan kepada kumpulan tersebut.
WhatsApp Image 2017-05-19 at 14.46.34