PETALING JAYA: Malaysia bangkit menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta, malam ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada awalnya ketinggalan 0-1 apabila penyerang Indonesia, Beto Goncalves menjaringkan gol pembukaan buat pasukan Garuda pada minit ke-12 dan gol ke-2 pada minit ke-39.

Ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama, skuad Harimau Malaya memulakan aksi lebih garang sebaik babak kedua bemula.

Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan pada minit ke-66, sementara Mohamadou Sumareh yang menjaringkan hol pertama pada minit ke-37, menyumbat gol kemenangan negara pada minit ke-97.

Malaysia kini mendahului kumpulan G dengan 3 mata, meninggalkan Thailand dan Vietnam yang memperolehi 1 mata dan Emiriyah Arab Bersatu di tempat ke-4.