PASUKAN memanah negara menambah koleksi emas ketujuh Malaysia di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) hari ini.

Emas ketujuh itu hadir menerusi acara compound berpasukan campuran.

Gandingan Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Mohd Juwaidi Mazuki tidak berdepan masalah apabila berjaya menewaskan Ngeain Aung dan Ye Min Swe dari Myanmar dengan kiraan mata 152 – 142 mata.

Terdahulu, Kevin Yeap menghadiahkan emas dalam acara 10km renang perairan terbuka lelaki.

Kilauan emas turut hadir menerusi Heidi Gan yang mengungguli acara 10km renang perairan terbuka wanita.

-sinarharian