SLIM RIVER: Seorang mangsa disyaki rentung di dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Slim River-Ladang Sg Kelah pada petang Rabu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River,Pegawai Bomba Kanan II Yusli Latiff berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 6.30 petang berkenaan insiden itu.

“Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton dan mengakibatkan kereta tersebut terbakar, pemeriksaan awal pihak kami, terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar itu,”katanya kepada pemberita.

Yusli berkata, buat masa ini operasi pemadaman dengan bantuan BBP Tapah masih giat dijalankam untuk mengawal kebakaran berkenaan.