LELAKI ditemui mati dalam keadaan terbaring dalam tandas di hadapan rumahnya di Kampung Ladang, Alor Gajah, 7.30 malam tadi.

Mangsa ditemui penduduk kampung terbabit sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa tinggal bersendirian dipercayai terjatuh di dalam tandas.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak lima hari lalu. Mangsa mempunyai penyakit kencing manis dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut mengesahkan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, di sini untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) – hmetro