PELABUHAN KLANG: Mayat bayi ditemui orang awam dalam keadaan perut terburai di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang di sini, pagi tadi.

Bayi lelaki yang masih bertali pusat berkenaan dipercayai baru dilahirkan sebelum di buang di jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi berkenaan pada jam 10 pagi.

“Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada NSTP.

Gambar mayat bayi berkenaan turut menjadi tular di media sosial – berita harian