PARIT BUNTAR: Mayat seorang remaja perempuan bersama bayi ditemui dalam bilik air sebuah rumah di Taman Seri Tenggara, di sini petang tadi.

Difahamkan remaja perempuan berusia belasan tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika melahirkan bayi di dalam bilik air rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan penemuan dua mayat itu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kes dalam siasatan termasuk menunggu hasil bedah siasat.

“Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian,” katanya – berita harian