IPOH: Mayat lelaki warga asing ditemui terapung di sebuah lombong tinggal di Persiaran Jelapang Maju, di sini pada petang Selasa.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu, dipercayai berasal dari Myanmar dan mayatnya ditemui kira-kira 10 meter dari tepi lombong.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Pegawai Bomba Kanan II Idris Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 12.50 tengahari.

“Kami menerima panggilan daripada pihak polis yang menyatakan ada mayat terapung di dalam lombong.

“Setibanya di sana, pihak bomba mengambil mangsa menggunakan besi pencengkam dan menyerahkan mayatnya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Idris berkata, operasi tamat sepenuhnya pada sekitar pukul 2.12 petang.