PARIT BUNTAR– Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung di Sungai Kerian, di sini pada Jumaat.

Mangsa yang berumur sekitar 60 tahun berasal dari Parit Lebai Akhir , Tanjung Piandang, ditemui kira-kira jam 11.42 pagi.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima maklumat daripada polis untuk mengangkat mangsa dari sungai.

“Setibanya jentera dan anggota bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mayat ditemui terapung di Sungai Kerian.

“Anggota bomba membawa naik mangsa ke tebing dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Ahmad Rossyed Isa itu tamat pada jam 12.22 tengahari.