BAGAN SERAI: Mayat warga emas yang terjatuh di Sungai Kerian pada pagi Rabu, dijumpai jam 1.30 petang Khamis.

Mangsa dikatakan terjatuh dari Jambatan Sungai Kerian kira-kira jam 9.30 pagi.

Gambar JBPM

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus, mayat mangsa yang berumur 65 tahun ditemui 200 meter dari tempat dia terjatuh.

Katanya, operasi pencarian yang ditangguhkan petang disambung semula jam 9 pagi Khamis.

“Mangsa telah dijumpai terapung 200 meter dari tempat kejadian dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya di sini.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.