Oleh: Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Mohamed Zin Yusop yang baharu.

Mohamed Zin menggantikan Datuk Roslan Ariffin yang kini ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 15 Jun lepas. Beliau sebelum ini memegang Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Mohamed Zin pernah bertugas di Unit Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber Manusia.

Mempunyai tiga orang anak, beliau menceburi bidang perhutanan sejak 1995 dan pernah bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai Ketua Penolong Pengarah Silvikultur.