IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuka Bilik Gerakan bagi membantu menyelesaikan masalah warga bandar raya ini, khususnya para peniaga dan penjaja di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam kenyataannya, MBI memaklumkan Bilik Gerakan itu akan dibuka mulai esok hingga 31 Mac dan waktu operasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut MBI, warga Ipoh boleh menggunakan saluran telefon di talian Hotline 05-2551515.

Warga Ipoh juga boleh menggunakan saluran media sosial MBI iaitu Whatsapp di talian 019-5503083 serta Facebook, Twitter dan Youtube.

“Semoga pembukaan Bilik Gerakan Covid-19 ini akan dapat membantu mengurangkan pergerakan serta memberi penjelasan yang lebih tepat dan sahih kepada wargaIpoh khususnya para peniaga dan penjaja,” kata kenyataan itu.