IPOH: Sebagai menghargai khidmat mereka yang telah banyak berjasa, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan 71 pesara dan waris pesara yang meninggal dunia.

Mereka diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang di Hotel Weil di sini, pada Rabu.

99a94366-edce-48a9-b6a6-407904bc2fcb

Hadir sama Datuk Bandar, Datuk Zambri Man, Ketua Whip MBI, Datuk Mohd Raduan Kassim dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria.

Zamri di dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pesara yang telah sama-sama berkhidmat sehingga Ipoh menjadi bandaraya terbersih dan MBI sebagai pihak berkuasa terbaik di Malaysia.

 

“Latihan dan pengalaman di tempat kerja menjadi aset yang sangat berharga kepada kita untuk memberi perkhidmatan terbaik sebagai penjawat awam,” kata beliau.

Sehubungan itu, Zamri berharap golongan pesara dapat terus memberi sumbangan untuk sama-sama membantu MBI terus menjadi PBT terbaik.