IPOH : Seperti yang dijanjikan MCA Perak tampil membuat laporan polis hari ini terhadap tuduhan Setiausaha Publisiti DAP Perak merangkap ADUN Keranji, Chong Zhemin yang menuduh MCA menyeleweng RM150 juta peruntukan Hospital Kampar yang dibatalkan.

Bagaimanapun, Chong Zhemin tidak muncul menyahut cabaran untuk bersama-sama membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Serentak dengan itu, MCA Perak membuat laporan polis terhadap ADUN Keranji tersebut yang didakwa membuat kenyataan fitnah berhubung isu tersebut.

Ketua Biro Pengaduan & Perkhimatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata, ia susulan kenyataan Kementerian Kesihatan semalam yang menolak dakwaan Chong Zhemin bahawa MCA telah menyalahgunakan peruntukan tersebut.

‘Sungguhpun Kementerian Kesihatan telah keluar kenyataan dan jelaskan isu ini tetapi Chong Zhemin selaku Setiausaha Publisiti DAP Perak merangkap ADUN Keranji patut bertanggungjawab atas kenyataan sendiri,ā€ katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Ipoh pada Rabu.

Menurutnya, selain daripada laporan polis itu, mereka juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

ā€œSelain berunsur fitnah, kenyataan Chong Zhemin juga boleh dikategorikan sebagai berita palsu, dan saya harap Menteri Multimedia dan Komunikasi, Gobind Sing Deo pandang serius perkara ini dan ambil tindakan yang sewajarnya,ā€ ujarnya.