HASRAT Melaka United untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik tidak kesampaian apabila tewas 3-2 kepada Sabah pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Tampil dengan misi tiga mata skuad Hang Tuah terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Uche Agba sebelum Dennis Buschening menyamakan kedudukan untuk Tembadau pada minit ke-24.

Skuad Hijau Putih yang tidak berputus asa mengandakan asakan akhirnya meledak jaringan kedua hasil Sony Norde bagi mendahului babak pertama 2-1.

Pada babak kedua Kurniawan Dwi Yulianto memperkemaskan jentera depan bagi melancarkan serangan ke kubu skuad kendalian Zainal Abidin Hassan.

Hasilnya Buschening sekali lagi menambah koleksi gol kedua pada minit ke-64 sebelum penalti minit ke-72 daripada Rodoljub Paunovic memastikan tiga mata buat Tembadau.