IPOH: Penyandang kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, mengakui sedih dan kecewa selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, beliau menerima keputusan yang dibuat pucuk pimpinan BN dengan berlapang dada serta jiwa yang besar.

“Sebagai manusia, saya kena berterus terang. Tentu ada rasa kecewa, tidak puas hati. Akhirnya apabila saya fikir, ini adalah keputusan pucuk pimpinan parti dan saya sebagai ahli parti dan telah menerima mandat daripada parti, kena terima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

“Mereka yang dicalonkan adalah orang di dalam UMNO Bahagian, yang sama-sama memimpin bahagian selama ini. Bagi saya, pemilihan mereka oleh pucuk pimpinan merupakan satu pilihan yang bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam parti,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya di sini – awani