PRESIDEN Mexico Andres Manuel Lopez Obrador pada Selasa mengumumkan berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan istimewa buat mereka yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

Hari berkabung itu juga jatuh serentak pada hari ‘Day of the Dead’ (Hari Orang Mati), cuti umum yang menjadi tradisi di Mexico.

L√≥pez Obrador berkata, 31 Oktober hingga 2 November akan menjadi hari berkabung rasmi, di mana bendera Mexico akan dikibarkan separuh tiang dan presiden tidak akan menghadiri sebarang aktiviti atau acara.”Begitu banyak nyawa telah hilang akibat pandemik ini.

Kita tak boleh hanya menyebutnya sebagai angka, 90,000 kematian, tetapi ia adalah nyama manusia.

“Ia mencerminkan kesedihan yang begitu besar dialami keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Tidak seperti tahun sebelumnya, kali ini, pihak berkuasa meminta penduduk untuk mengelak mengunjungi tempat yang sesak.

Secara keseluruhan, Mexico mencatatkan lebih 89,100 kematian akibat jangkitan COVID-19, manakala kumulatif kes positif adalah 895,000.

Pada hari sama, Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum mengumumkan beliau juga positif COVID-19, ketika bercakap pada sidang media harian secara maya yang diadakan dari rumahnya.

“Semalam, mereka jalankan ujian ke atas saya dan pada malamnya, mereka menghantar keputusannya, dan ia positif.”Saya tiada sebarang gejala.

Saya akan berada di rumah, sementara doktor akan membuat pemeriksaan susulan ke atas kes saya,” katanya sambil menambah, beliau sebelum ini mengambil ujian COVID-19 setiap dua minggu sekali.

Mexico City merekodkan lebih 155,000 kes positif COVID-19 dan sekurang-kurangnya 11,800 kematian.