IPOH – MIC mengumumkan lima calon daripada parti itu yang akan bertanding bagi dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN di Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Datuk Seri M. Saravanan telah dipilih untuk mempertahankan kerusinya di Tapah manakala Datuk Seri S.K Devamany yang merupakan Naib Presiden MIC akan bertanding di Parlimen Sungai Siput.

Bagi kerusi DUN, dua muka baru – Pengerusi MIC Negeri Datuk V.Elango akan dipetaruhkan untuk bertanding bagi kerusi DUN Sungkai manakala Setiausaha MIC Negeri K. Thankaraj bagi DUN Jelapang.

Bagi DUN Buntong, parti itu dijangka akan mengumumkan calonnya dalam satu majlis tidak lama lagi.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kesemua calon itu dipilih berdasarkan pelbagai faktor penting.

“Justeru, kami berharap masyarakat setempat dan pengundi akan memberikan calon-calon terpilih ini sokongan padu bagi menjamin kelangsungan kemajuan dan kemakmuran negara ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

Berikut adalah senarai penuh nama calon-calon dari MIC yang bakal bertanding di seluruh negara pada PRU-14:

Parlimen

1. Segamat (Johor) – Datuk Seri Dr S Subramaniam

2. Cameron Highlands (Pahang) – Datuk C Sivarraajh

3. Tapah (Perak) – Datuk Seri S Saravanan

4. Sungai Siput (Perak) – Datuk Seri S K Devamany

5. Hulu Selangor (Selangor) – Datuk P Kamalanathan

6. Kapar (Selangor) – Datuk M Mohana

7. Sungai Buloh (Selangor)- A Pakas Rao

8. Kota Raja (Selangor) – V Gunalan

9. Port Dickson (Negeri Sembilan) – Datuk V Mogan

Dewan Undangan Negeri (DUN)

KEDAH

1. Lunas -M Thuraisingam

2. Bukit Selambau – Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh

PULAU PINANG

1. Bagan Dalam – J Dhinagaran

2. Perai – M Suresh

PERAK

1. Sungkai – Datuk V Elango

2. Buntong –

3. Jelapang – K Thankaraj

NEGERI SEMBILAN

1. Jeram Padang – Datuk L Manikam

2. Sri Tanjung – R Thinalan

MELAKA

1. Gadek – Datuk P Panirchelvam

PAHANG

1. Sabai – Datuk R Goonasakaren

JOHOR

1. Gambir – Datuk M Asojan

2. Tenggaroh – K Ravenkumar

3. Kahang – Datuk R Vidyananthan

4. Skudai – Datuk G S Kanan

SELANGOR

1. Ijok – K Parthiban

2. Sungai Tua – Datuk N Rawisandran

3. Sentosa – T R Subramaniam