KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) akan menyiasat punca berlakunya kenaikan mendadak harga ayam yang dikatakan mencecah lebih RM10 sekilogram ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana negara secara asasnya berdepan dengan lambakan bekalan makanan termasuklah ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Bekalan kita tiada masalah (sepatutnya), walaupun PKP awal dahulu kita sudah mempunyai banyak produk pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

“Berbeza dengan tanggapan bahawa kita akan kekurangan makanan tapi sebenarnya kita menguruskan lebihan (bekalan makanan),” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan Walkabout Program Pertanian Bandar Komuniti Perumahan Awam Seri Perlis 2 di Datuk Keramat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kenaikan harga ayam yang mendadak mempunyai kaitan dengan kekurangan bekalan ayam tempatan.

Terdahulu, Sinar Harian semalam melaporkan kenaikan mendadak harga ayam sehingga melebihi RM10.50 sekilogram di Terengganu memberi tekanan kepada pengguna di negeri itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, pihaknya prihatin dengan keadaan itu dan meminta supaya pengguna turut peka dengan situasi terbabit.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/88004/BERITA/Nasional/MOA-siasat-punca-harga-ayam-naik-mendadak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf