IPOH: Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Ghazali Jalal dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang baru, berkuasa hari ini.
Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam laman sosial facebook rasminya hari ini.
Mohd Gazali yang berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi/Mikro dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.
Beliau berpengetahuan luas dalam bidang kewangan, pengurusan tanah dan pentadbiran wilayah berdasarkan pengalaman beliau semasa berkhidmat sebagai:
Selain menjadi Pegawai Kewangan Negeri Perak, jawatan lain yang pernah beliau sandang ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar dan Timbalan Pengarah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.
Dr Ali turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.