TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjalankan aktiviti disinfeksi kawalan nyah kuman di sekitar kawasan Taman Tasik Taiping di sini hari ini bagi membendung wabak COVID-19.

MPT dalam kenyataan hari ini berkata, kawasan yang terlibat ialah taman permainan kanak-kanak, Medan Selera Stesen FMS, kemudahan alat senaman Rotary Club Taiping dan tempat letak Basikal Pintar Cycledios.

Menurutnya, kerja-kerja disinfeksi bermula pada pukul 9 hingga 11 pagi yang dilakukan oleh empat kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPT.

“Mereka diberi tanggungjawab bagi melaksanakan tugasan demi keselamatan dan kesihatan warga Taiping,

“Aktiviti ini bagi memastikan kawasan tumpuan awam ini bebas dari virus dan bakteria yang merbahayakan kesihatan orang awam,” kata kenyataan itu.