KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertahankan jawatan Presiden BERSATU dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Muhyiddin menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan itu menerusi Setiausaha Politik beliau.

Pemilihan peringkat cawangan dan bahagian yang masing-masing dijadualkan berlangsung dari 25 Januari hingga 1 Mac serta 4 April depan.

BERSATU menetapkan 20 Jun depan untuk mengadakan Mesyuarat dan Perhimpunan Agung Tahunan serentak dengan pemilihan parti