KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi penggal 2019-2022.

Menerusi kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Tan Sri Syed Hamid Albar turut mengumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Presiden BERSATU.

Tiga Naib Presiden BERSATU yang dipilih ialah Dr Radzi Jidin; Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. -BH