PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menafikan salah seorang individu yang ditahan polis susulan serbuan polis awal pagi semalam adalah pegawai khasnya.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata individu terbabit merupakan seorang kakitangan di ibu pejabat parti.

Hari ini, media sosial hari ini kecoh mengenai dakwaan penahanan seorang wakil rakyat dan pegawai-pegawai kementerian semalam.

Sumber parti politik mengatakan seorang wakil rakyat ditahan dan kemudian dilepaskan.

Pengerusi PPBM Selangor Abdul Rashid Ansari kemudian mengesahkan seorang Adun dari parti berkenaan ditahan polis awal pagi ini.

Katanya, buat masa ini, maklumat yang diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanyalah berkaitan tangkapan berkenaan seperti yang tular di media sosial sejak pagi ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar ia dilakukan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya tidak akan campur tangan dalam kes ini dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang,” katanya.