SUBANG JAYA: Mydin mengumumkan untuk berhenti menjual produk dilabelkan “Bebas Minyak Sawit” dalam usaha menyokong usaha kerajaan bagi menangani kempen anti-minyak sawit.

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin berkata beliau sudah mengarahkan semua cawangannya menurunkan produk sedemikian kerana ia tidak menggalakkan penggunaan minyak sawit.

“Ia adalah pemasaran negatif. Kita tidak patut membenarkan sesiapa pun berbuat demikian di negara kita.

“Kita rakyat Malaysia, kita perlu sokong minyak sawit,” katanya pada pelancaran kempen “Sayangi Sawitku” hari ini.

Ameer berkata, pengeluar yang menggunakan label “Bebas minyak sawit” tidak bertanggungjawab