IPOH: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction Perak meminta kerjasama warga Perak untuk menjejaki asnaf yang terputus bekalan keperluan harian dan para pelajar yang terkandas di universiti ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan disebabkan COVID-19.

Penasihatnya, Ahmad Umair Zulkefli berkata, ada antara mereka tidak dapat bekerja dan terputus sumber pendapatan untuk membeli keperluan harian.

Menurutnya, ada juga di antara mereka yang tidak dapat menyediakan makanan di rumah akibat terputus bekalan.

“Jadi, tanpa mengira bangsa dan agama, jom bersama-sama kami bantu mereka menyediakan asas keperluan harian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mereka boleh melayari laman media sosial NGO itu di instagram MyFundAction Perak dan foodforhunger.official.

Orang ramai juga boleh hubungi kami di talian 01110606255 untuk memberi maklumat atau mendapatkan keterangan lanjut