KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta.

Perkara itu diumumkan Najib dalam satu sidang media khas di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Pura (PWTC) sambil turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Advertisement

Beliau turut mengumumkan tidak akan meninggal UMNO dan terus setia bersama parti keramat Melayu itu.

Najib turut mengumumkan Ahmad Zahid akan menjalankan tugas-tugas Presiden dan Pengerusi BN – awani