KUANTAN: Tiga pengundi di Pahang membuat laporan polis apabila nama mereka digunakan untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata laporan itu membabitkan dua kes di Temerloh dan satu di Kuantan.

“Laporan itu diterima daripada dua pengundi di Temerloh iaitu membabitkan seorang warga emas berusia 68 tahun, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai dan seorang lagi berusia 29 tahun, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Mentakab Jaya.

“Kes ketiga pula membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Galing, di sini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, laporan itu dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

BERITA BERKENAANDisangka Warga Asing, Dua Beradik Dipukul