KOTA BHARU: Nilai integriti perlu diterapkan sejak kecil lagi supaya anak-anak tidak membesar menjadi generasi yang terbabit dalam gejala salah laku dan rasuah.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti), Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, peranan ibu bapa di rumah amat penting untuk mendidik dan menjadi contoh terdekat anak-anak supaya menjadi insan berintegriti.

Beliau berkata, tanggungjawab itu juga perlu dimainkan seluruh masyarakat termasuk institusi agama.