IPOH 9 Nov. – Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun yang juga kekasihnya bulan lalu.

P.Karunagaran, 20, dari Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Zulqarnain Hasan.

Mengikut pertuduhan, Karunagaran didakwa telah merogol mangsa pada kira-kira pukul 12.45 pagi, 26 Oktober lalu di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah dekat sini.

Dia yang diwakili peguam, R.Rajasegaran juga didakwa sekali lagi telah merogol mangsa pada kira-kira pukul 2.30 pagi, 27 Oktober lalu di tempat sama.

-Utusan Online