SEOUL: Lee Kun-hee, yang membangunkan Samsung Electronics menjadi jenama besar global termasuk telefon pintar, semikonduktor dan televisyen, meninggal dunia pada Ahad selepas enam tahun menerima rawatan di hospital berikutan serangan jantung.

Kun-hee, 78 tahun, membina Samsung Group menjadi konglomerat Korea Selatan terbesar dan muncul sebagai individu terkaya di negara itu.

“Kun-hee adalah figura simbolik di sebalik kemajuan ekonomi dan pengglobalan Korea Selatan. Pemergiannya bakal diingati leh seluruh rakyat Korea,” ujar Ketua Eksekutif Penyelidikan Korporat dari firma Chaebul, Chung Sun-sup.

Menurut data Suruhanjaya Perdagangan, keuntungan syarikat Samsung Group yang berjumlah 326.7 trilion Won (RM1.2 trilion) pada 2019 membentuk kira-kira 17 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Korea Selatan.

Begitupun, mendiang juga pernah berdepan dengan isu negatif seperti dakwaan rasuah, penipuan cukai, salah urus perniagaan dan pemindahan kekayaan keluarga yang dipertikaikan, lapor Reuters.

Kun-Hee, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

Menurut jurucakap Samsung, upacara pengebumian akan dilakukan dalam kalangan keluarganya sahaja, namun tidak dimaklumkan lokasi dan waktu pengebumian tersebut.

Kesungguhan Kun-Hee dalam mencuba perniagaan baharu, terutamanya dalam industri semikonduktor, serba sedikit telah banyak membantu mengembangkan konglomerat ayahnya, Lee Byung-chull.

Ia merupakan perniagaan yang bermula dari industri perdagangan mi kepada pusat global yang mempunyai aset bernilai menjadi pusat kuasa global dengan aset bernilai AS$375 bilion (RM1.5 bilion), termasuk beberapa bidang elektronik dan insurans sehinggalah kepada bidang pembinaan kapal dan pembinaan.

“Warisannya akan kekal diingati,” kata Samsung dalam satu kenyataan.