KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemungkinan adanya unsur salahguna kuasa dalam membayar hutangnya sebanyak RM800,000.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Abdul Samad berkata, parti itu mengalu-alukan tindakan SPRM menyiasat pegawai itu.

Katanya, itu adalah bukti akan kebebasan SPRM dalam campur tangan politik dan ia satu keperluan untuk menjamin pentadbiran yang bersih rasuah.

“Jika ada kes yang boleh disabitkan maka SPRM diminta mendakwa pegawai berkenaan.

“Tiada mana-mana pimpinan AMANAH akan membela individu berkenaan atau menuntut pendakwaan dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, ini adalah komitmen AMANAH kepada rakyat untuk menjamin sebuah pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah – berita harian