IPOH, 30 DIS : Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) Perak mengesahkan seorang pekerjanya didapati positif Covid-19.

HRDF melalui satu kenyataannya memaklumkan pekerja berkenaan sedang menerima rawatan dan di bawah pemantauan ketat oleh pihak pegawai perubatan.

Katanya, Pejabat Cawangan Perak kini ditutup selama dua hari hingga esok untuk menjalani sanitasi sepenuhnya.

“Selain itu, semua pekerja pejabat cawangan itu menjalani ujian calitan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga dan keadaan kesihatan mereka akan terus dipantau.

“Di HRDF, kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan pelanggan adalah keutamaan, kami akan terus mematuhi polisi dan proses kawalan jangkitan serta mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan Pasukan Khidmat Pelanggan boleh dihubungi melalui support@hrdf.com.my atau boleh terus menghubungi talian 1800-88-4800. – HARIAN METRO