IPOH: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai terjun daripada bumbung sebuah kompleks beli belah di tengah-tengah bandaraya Ipoh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pelajar tingkatan lima lengkap berpakaian sekolah itu maut ditempat kejadian.

“Si mati dipercayai keluar sekolah awal dan setelah sampai di kompleks, telah naik ke roof top dan terjun bersama beg sekolah dan berpakaian sekolah.

“Siasatan awal mendapati wang tunai dalam dompet si mati tidak terusik dan tidak menemui apa-apa elemen berunsur jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, siasatan akan diteruskan dan rakaman CCTV daripada kompleks membeli belah itu akan diperolehi dalam masa terdekat.