KUALA LUMPUR: Harga pelitup muka akan dijual pada kadar RM1 sekeping, berkuat kuasa Sabtu ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata, harga siling itu dijangka turun lagi dalam masa terdekat berikutan jumlah bekalan mencukupi di dalam negara.


“Bekalan pelitup muka mencukupi. Oleh itu, kementerian mengambil tindakan semakan dan membuat keputusan untuk menetapkan harga RM1 seunit bagi jenis (pelitup muka) tiga lapis,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.


Beliau berkata, semakan semula harga siling pelitup muka juga sudah dimaklumkan kepada Kabinet.