IPOH: Pemain Perak menguasai senarai 23 pemain skuad bola sepak kebangsaan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.

Dalam senarai yang baharu sahaja dikeluarkan oleh Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee itu, seramai enam pemain Perak yang akan ke latihan pusat sebagai persediaan untuk perlawanan tersebut.

Enam pemain tersebut ialah Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak.

Dalam senarai 23 pemain itu, 5 pemain dipilih dari skuad Kedah, dua pemain masing-masing daripada Selangor, JDT, FELDA United, Pahang dan Melaka United manakala seorang pemain daripada skuad Sarawak dan PKNS FC.

23 pemain terbabit ialah Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (Perak), Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Muhammad Akram Mahinan dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).

Mohamad Fadhli Mohd Shah, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Farizal Harun, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Matthew Davies, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S Veenod (Selangor), Khair Muhammad Jefri Jones, Mohd Amri Yahyah (Melaka United), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC) dan Ronny Harun (Sarawak).

Kesemua pemain itu perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada Isnin ini kecuali dua pemain JDT (Rabu) dan dua pemain Felda United (Khamis) kerana terbabit dengan aksi Piala AFC 2017 dengan kelab masing-masing.