JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Dia yang memakai jaket hitam itu disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring, sebelum memasuki Mahkamah Majistret.

Wanita berusia 23 tahun itu dijangka berdepan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.