KUALA LUMPUR : Pengguna yang melalui kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) berpeluang memiliki pelekat identifikasi frekuensi radio (RFID) secara percuma bersempena Raya Aidiladha, mulai hari ini dan esok.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, pihaknya akan berada di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina Lebuhraya GCE bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang sepanjang dua hari itu.

“Pengguna dinasihatkan untuk memuat naik terlebih dahulu aplikasi Touch ‘n Go eWallet di aplikasi Apple, Apps Store dan android, Google Play Store.

“Seterusnya, mendaftar maklumat peribadi dan maklumat kenderaan di https://www.touchngo.com.my/html/preregisterrfid.aspx dan https://rfidregister.touchngo.com.my/#/woheader/login setelah menerima emel pengesahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah didaftarkan hendaklah ditunjukkan di pusat pemasangan seperti yang dimaklumkan.

“Pengguna juga diingatkan untuk membawa kad pengenalan asal dan salinan atau lesen memandu atau pasport serta salinan lesen kenderaan motor atau ‘cover note’ insurans yang sah dan terkini.

“Juga perlu ditunjukkan ‘authorisation letter’ daripada pemilik kenderaan sekiranya kenderaan tidak dimiliki oleh pengguna berdaftar akaun eWallet Touch ‘n Go,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan Norhaslinda Abu Yazid di talian 017-687 1400 atau Mohd. Nor Adnin Osman di 014-319 1443.

Prolintas juga menasihatkan pengguna untuk membuat pemasangan RFID berikutan mempunyai kelebihan kerana harga pelekat yang lebih murah berbanding Smart TAG, pelekat yang tidak memerlukan bateri, tidak perlu berhenti semasa di plaza tol dan tambah nilai secara talian melalui bank atau kad kredit.